Empat maut selep4s ziarah ahli keluarg4 meninggal dunia

PONTIAN – Tidak sampai 24 jam kehilangan adiknya yang meninggal dunia kerana terjatuh dalam bilik air di rumah ibu mertuanya di Kampung Parit Bengkok di sini Rabu lalu, seorang anggota Jabat4n Sukarelawan Malaysia (Rela), Sopiah Roz, 57 tidak menyangka akan kehilang4n pula empat lagi ahli keluarga terdekatnya dalam nahas di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan SK Parit Kudus, di sini, pada petang Khamis, lalu.

Nahas yang dilaporkan berlaku sekitar jam 5 petang itu meragut nyawa suaminya, Jamaludin Abd.Wahab, 58; anaknya, Muhammad Shah Rizal Jamaludin (22) dan adik bongsunya, Muhamad Nor Azlan Roz (28) yang maut di lokasi kemalangan manakala adik iparnya, Mohd Faizal Saari, 35, meninggal dunia ketika menerim4 rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Selepas dapat berita mengenai adik bongsu, Baharuddin yang meninggal dunia kerana jatuh di bilik air, saya, suami dan anak (Muhammad Shah Rizal) bergerak ke Johor (Pontian) untuk ziarah.

“Setelah urusan pengebumian (selesai), petang itu, suami, anak, adik dan adik ipar saya keluar bersama-sama. Mereka ke mana sama ada mencari makanan untuk berbuka pu4sa atau ke tempat lain saya tidak tahu kerana panggilan telefon tidak berjawab.

“Akhirnya, saya dapat tahu mereka kemalangan apabila telefon dijaw4b oleh anggota polis…memang terkejut sangat saya masa tu,” katanya.

Untuk rekod kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar 5 petang itu melibatkan dua kenderaan, Proton Saga dari arah Parit Semerah ke Parit Kudus dan kereta Proton Perdana dari arah bertentangan.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Proton Saga yang dinaiki Jamaludin, Muhamad Shah Rizal, Muhamad Nor Azlan dan Muhamad Faizal Saari hilang kawalan sebelum bertembung deng4n kereta Proton Perdana di laluan bertentangan hingga menyebabkannya terjunam ke dalam parit berhampiran.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments