SHAH ALAM – Isu pelarian etnik Rohingya memohon suaka tertinggi di Malaysia tidak p4tut dipandang enteng kerana ia akan memberi kesan buruk sekali gus mengancam ketenteraman negara.
Ia berdasarkan beberapa kes sebelum ini yang melibat etnik terbabit, seperti berl4gak samseng mengutip wang parkir daripada rakyat tempatan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang berlaku 23 Februari lalu.
Selain itu, etnik tersebut juga berani memberi amaran kepada orang tempatan untuk tidak menyibuk hal warga mereka dan sikap dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.
Ini umpama peribahasa diberi betis hendak paha, apabila sudah dihulurkan bantuan yang sepatutnya namun tidak bersyukur sebaliknya menunjukkan sentimen yang tidak baik.
Adakah perilaku berkenaan perlu kita benarkan ‘menjajah’ negara ini? Meskipun ingin membantu tidak perlu hingga tahap membiarkan mereka memijak peraturan dan undang-undang Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga Disember 2022 lalu menunjukkan seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.
Selain itu katanya, kumpulan berkenaan juga merekodkan juml4h pelarian paling ramai berada di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Program Pengajian Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Noorfajri Ismail mengges4 kerajaan untuk berpendirian tegas dan jelas dalam memberi kelulusan suaka terhadap pelarian etnik Rohingya.