Sanggup jual kereta demi berguru bu4t cendol di Hatyai

MACHANG – Seorang pengusaha cendol sanggup menjual kereta Honda Accord kesayangannya untuk membayar yuran belajar membuat cendol di sebuah kilang di Hatyai, Thailand.

Mohd Irwan Sharifuddin, 34, berkata, keputusan tersebut diambil pada tahun 2016 selepas mendapati sukar mencari guru bagi mempelajari kaedah betul membuat makanan kegemaran penduduk Kelantan itu.

Bapa kepada dua anak yang berniaga cendol sejak 2010 itu mengambil bekalan daripada pembuat cendol tempatan sebelum membuat keputusan belajar sendiri.

“Saya menjual kereta pada harga RM6,500 kerana memikirkan ilmu itu lebih penting walaupun terpaksa melepaskan harta yang ada,” katanya ketika ditemui di tempat memproses cendol di Kampung Pulai Condong di sini pada Sabtu.

Katanya, kebanyakan pembuat cendol di negeri ini sudah berusia dan tidak ramai pelapis yang mampu menghasilkan cendol berkualiti.

Bekas pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Gebeng, Kuantan, Pahang itu pernah menceburi perniagaan lain di Kuala Krai namun tidak berjaya.

Bagaimanapun, Mohd Irwan kini boleh berbangga kerana Cendol Suloo yang dihasilkan mendapat permintaan sehingga enam kali ganda sepanjang Ramadan.

Menurutnya, setiap hari dia menghasilkan 60 kilogram cendol berbanding hanya 10 kilogram seminggu pada bulan biasa.

Mohd Irwan memberitahu, kelainan cendolnya ialah tidak pahit, lebih lembut dan paling penting tahan lama sehingga seminggu.

“Setiap hari saya menggunakan campuran tepung sagu dan tepung beras sebanyak 20 kilogram bersama 45 kilogram santan selain 20 kilogram gula melaka,” katanya.

Cendol Suloo mendapat permintaan tinggi daripada peminat cendol.
Cendol Suloo mendapat permintaan tinggi daripada peminat cendol.

 

Jelasnya, membuat cendol memerlukan ketekunan kerana agak sukar dan dia meng4mbil masa antara lima hingga enam jam bagi memastikan cendol masak sepenuhnya.

“Proses mengacau adunan sahaja mengambil masa sehingga satu jam manakala memasak memerlukan empat hingga lima jam.

“Adunan berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam acuan sebelum ditekan menggunakan acuan khas bagi menghasilkan bentuk cendol yang cantik dan tidak lembik,” katanya.

Mohd Irwan berkata, sebelum belajar di Hatyai, dia beberapa kali mencuba selepas diajar oleh tiga pembuat cendol di negeri ini.

“Bagaimanapun ia tidak berhasil walaupun penggunaan bahan dan peralatan yang sama kerana paling utama ialah teknik yang betul,” katanya.

Katanya, sepanjang Ramadan tahun ini, Cendol Suloo mempunyai sembil4n ejen dan lima pekerja yang masing-masing mahir dalam pembungkusan, mengikat dan menimbang.

Cendol Suloo yang dibungkus bersama santan dan diikat bers4ma gula melaka dijual pada harga RM5.

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments