8,500 kg minyak masak peket diramp4s dalam lad4ng sawit

TANAH MERAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kemahang 3 dan merampas 8,500 kilogram (kg) minyak masak peket yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran pada Sabtu.

Dalam serbuan pada jam 10 malam itu, sekumpulan penyeludup yang leka memunggah kotak-kotak mengandungi minyak masak tersebut terus bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota KPDN.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota telah mengekori sebuah lori jenis Isuzu yang disyaki membawa barangan bersubsidi itu dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah.

“Kami terus mengekori lori tersebut sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit. Hasil intipan yang dilakukan kami mendapati beberapa individu sedang memunggah kotak-kotak di kawasan berkenaan.

“Anggota kemudian bertindak menyerbu lokasi, namun beberapa lelaki yang terlibat telah bertindak melarikan diri ke arah semak berhampiran sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota KPDN,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas lori telah menjumpai 8,500 (kg) minyak mas4k peket berada dalam keada4n tersusun rapi.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments