KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata, pihaknya akan membentangkannya perincian mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
“Bagi kita, menyantuni doktor kontrak yang pada hemat saya harus dibela harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.
“Tidak ada masalah yang kita tidak boleh bincang dan selesaikan. Saya tahu masalah ini masalah lama tetapi saya yakin ianya boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jawatankuasa kh4s itu yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmat4n Awam membincangkan beberapa cadangan termasuk pemberian perjawatan tetap kepada doktor kontrak.
“Beberapa syarat skim baharu akan dibincangkan, jadi saya har4p mereka (doktor kontrak) memberi pelu4ng kepada saya yang diberi kepercayaan sebagai pengerusi jawatankuasa untuk menyelesaikannya,” kat4nya.