PUTRAJAYA – Sebarang bentuk penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian adalah dilarang, walaupun ia membabitkan jenis produk yang dibenarkan untuk dijual.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada garis panduan yang diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi kebenar4n kepada penjualan 46 bunga api jenis ‘happy boom’ dan pop-pop.
“Jualan secara dalam talian tidak dibenarkan, saya tegaskan bahawa KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau untuk memastikan penjual yang mempunyai permit sah menjual jenis bunga api yang dibenarkan.
“Malah jualan juga harus dibuat di tempat-tempat atau premis yang dianggap selamat dan pihak berkuasa akan terus melaksanakan penguatkuasaan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya ketika ditemui media di Putrajaya pada Sabtu.
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewaj4rnya sekiranya ad4 aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.
“Sebarang tindakan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh PDRM dan KDN serta ia melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti Kastam Diraja Malaysia dan pih4k berkuasa tempatan (PBT),” katanya.