JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor memberikan jaminan tidak ada mana-mana doktor kontrak dari negeri berkenaan yang bakal mengambil bahagian dalam mogok yang bakal dilancarkan oleh doktor-doktor kontr4k di seluruh negara mulai esok (Isnin) sehingga Rabu.
Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata, ketika ini keadaan masih terkawal selain turut menyaksikan tidak ada mana-mana doktor kontrak di negeri ini yang mengambil cuti secara mendadak melainkan hanya cuti biasa.
“Di Johor sekarang ni, tak berlaku apa-apa konfrontasi atau mogok daripada doktor, kita kawal dan pastikan doktor-doktor dari Johor tak ambil bahagian dalam mogok ini.
“Tapi jika di luar pengetahuan kita, kita tak dapat pastikan… kita juga dah nasihatkan semua pengarah kesihatan di daerah-daerah untuk pastikan kesemua pegawai berada di tempat kerja esok (Isnin),” kat4nya ketika menyertai Ops Bazar Ramadan di Plaza Angsana pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung isu doktor kontrak yang tetap dengan pendirian mereka untuk melancarkan mogok di seluruh negara mulai esok (Isnin sehingga Rabu) sebagai tanda protes terhad4p isu perjawatan mereka yang masih tergantung.
Hadir sama, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Untuk rekod, doktor-doktor kontrak di seluruh negara akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan mogok bermula Isnin hingga Rabu ini meskipun selepas jemaah kabinet bersetuju menubuhk4n Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak Jumaat lalu.
Tambah Aman, tindakan akan dikenakan kepada merek4 (doktor kontrak) yang masih berdegil dan tetap deng4n keputusan mereka menyertai mogok berkenaan.