Mogok Doktor Malaysia kemuk4 enam tuntut4n

SHAH ALAM- Susulan daripada mogok yang akan dilancarkan di seluruh negara pada esok, kumpulan doktor kontrak membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Mogok Doktor Malaysia menerusi hantaran di Instagram memberitahu, antara tuntutan yang ak4n dibuat adalah menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga.

Menurutnya, gaji pokok serta kadar ‘on call’ pakar dengan pegawai perubatan juga perlu dinaikkan iaitu RM40 dan RM100 untuk satu jam.

“Selain itu, kerajaan juga diminta supaya mengatasi masalah kekurangan pakar, pegawai perubatan dan perubatan siswazah dengan segera serta memohon agar mengurangkan khidm4t wajib seorang doktor kepada tiga tahun secara automatik tanpa permohonan.

“Kami juga berharap waktu bekerja dan ‘on call’ dapat dikurangkan, tidak melebihi en4m kali sebulan dan waktu bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu,” ujarnya pada Jumaat.

Terdapat desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai.

 

Tambah Mogok Doktor Malaysia, pihaknya turut menuntut sup4ya kerajaan meluluskan penemp4tan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa syarat.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments