Pemandu bas guna telefon ketik4 memandu ada 13 saman

PUTRAJAYA – Pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunak4n telefon bimbit ketika memandu didapati mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim berkata, ia termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit yang tular di media sosial.

“Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadap pem4ndu tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zailani berkata, JPJ melalui Unit Pemeriksaan & Kawalan Kenderaan Perdagangan (UPKKP), Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas berkenaan.

“Pemandu berkenaan telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit, semasa memandu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zailani berkata, pihaknya telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa pemandu yang membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunak4n telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

Zailani berkata, JPJ ingin menasihati kepada semua pemandu dan penggun4 jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments