Tiada peniaga jual ayam bul4t lebihi harg4 siling

BATU PAHAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendap4ti dalam tempoh 10 hari berpuasa hingga Sabtu, tiada peni4ga yang menjual “ayam bulat” melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagi memastikan peniaga terus patuh deng4n harga ditetapkan itu, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka sepanjang masa.

Menurutnya, libat urus ketiga-tiga pihak secara bersama akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan harga siling yang ditetapkan itu kekal hingga Aidilfitri nanti.

“Sekali lagi saya nak tekankan hari ini (berhubung) harga dan bekal4n ayam walaupun ada desas-desus mengatakan ia tidak mencukupi, KPDN akan sentiasa peka dan libat urus akan dilakukan seminggu tiga kali.

“Ini bagi memastikan keberadaan ayam bulat khususnya di pasaran mencukupi, bukan itu sahaja peniaga juga perlu patuh dengan harga ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Edaran Bubur Lambuk dan Agihan Baucar Rahmah di Pasar Raya Econsave Yong Peng pada Ahad.

Sebelum itu, 100 penerima yang terjejas bencana banjir menerima Bauc4r Rahmah bernilai RM200 untuk keguna4n pembelian barangan keperluan harian selain Pasar Raya Econsave mengedarkan bubur lambuk tanda simbolik edaran sebanyak 200,000 bungkus di seluruh negara.

Jelas Salahuddin lagi, dalam tempoh berkenaan juga bukan sahaja tiada peni4ga yang menjual ayam bulat melebihi harga siling, malah ada sebahagiannya terutama pasar raya termasuk Pasar Raya Econsave menjualnya di bawah harga ditetapk4n.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments