Bakal jemaah umrah tuntut w4ng dikemb4likan

PUTRAJAYA – Kami hanya mahukan wang kami kembali, demikian luah sekumpul4n individu yang terdiri daripada pesara, kakitangan kerajaan dan swasta selepas yang mendakwa sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah serta haji membatalkan urusan umrah selain wang yang dibayar gagal dipulangkan sehingga kini.

Lebih memeritkan ada antara individu terlibat ini mendakwa menggunakan wang persaraan mereka selain ada yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli pakej umrah yang ditawarkan syarikat terbabit.

Individu yang mahu dikenali sebagai Rahman, 53, berkata, dia bers4ma isteri, dan tiga anak mereka sepatutnya menunaikan umrah sekitar Mac lalu, namun ditangguhkan sebelum dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebab yang munasabah.

“Bayangkan, sepatutnya saya bersama keluarga tunai umrah pada 7 Mac, namun pada 3 Mac saya dimaklumkan yang penerbangan pada 7 Mac itu terpaksa ditangguhkan, kemudian dibatalkan, alasan yang diberi kononnya ada masalah dari segi penginapan di Tanah Suci yang pada saya sesuatu yang tidak masuk akal.

“Takkan semua urusan jemaah diuruskan pada saat-saat akhir, sewajarnya syarikat ini menguruskan dengan teliti, ini tidak, diberikan kepada kami pelbagai alasan, saya tak peduli saya hanya mahukan wang saya yang berjumlah lebih RM50,000 dikembalikan itu sahaja,” katanya kepada pemberita di luar bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Selasa.

Seorang pesara kerajaan yang mahu dikenali sebagaI Rafidah berkata, wang simpan4nnya habis digunakan untuk membeli pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

“Saya ambil pakej umrah dalam tempoh Ramadan yang mana harganya agak mahal berbanding pakej biasa itu sekitar RM12,000 seorang, dan saya ambil sekali dengan suami yang mana berjuml4h keseluruhan RM24,000.

“Apa yang saya kecewakan, syarikat ini memberikan pelbagai alasan seolah-olah mereka tidak mahu membay4r semula wang kami, saya tak kisah seandainya tak boleh nak pergi bers4ma syarikat ini, tapi setidaknya, berikan semula w4ng kami dan kami dapat pergi dengan agensi lain, itu yang sepatutnya,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments