Keluarga remaja mati ditembak polis dap4t pampasan RM114 juta

AUSTIN – Keluarga kepada seorang remaja kulit hitam yang mati ditembak anggota Jabat4n Polis Balch Springs di pinggir bandar Dallas pada April 2017 dianugerahkan AS$26 juta (RM114 juta).

Pihak juri pada Isnin membuat keputusan terhadap kes Jordan Edwards selepas mendapati tembakan yang membunuh remaja berusia 15 tahun itu sebagai tidak wajar.

Kematian mangsa sebelum ini mencetuskan protes dan gelombang kemarahan di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS).

Pendengaran saman pemula terhadap Roy Oliver, anggota yang melepask4n tembakan ke arah mangsa berlangsung pada minggu lalu.

Selepas mendengar keterangan saksi, pihak juri mendapati Oliver menggunakan kekerasan melampau dan tidak layak mendapat imuniti yang biasanya digunakan untuk melindungi pegawai daripada tindakan undang-undang sivil.

Pada 2018, barisan juri sama menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Oliver selepas disabit kesalahan membunuh remaja tersebut.

Polis sebelum ini mendakwa kereta dipandu abang mangsa mengundur, menganc4m keselamatan anggota polis menyebabkan Oliver melepaskan tembakan.

Namun, pembohongan itu terbongkar selepas rakaman video orang ramai yang tersebar di media sosi4l menunjukkan kereta tersebut bergerak ke hadapan. – Agensi

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments