Petronas ak4n terus cari gali di L4ut China Selatan

KUALA LUMPUR –  Petronas akan terus melaksanakan kerja-kerja cari g4li minyak di kawas4n sedia ada di Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan beli4u kepada Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang dalam lawatannya ke Beijing baru-baru ini.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, kerajaan masih terbuka untuk rundingan sekiranya China merasak4n kawasan berkenaan adalah wilayah negara berkenaan.

“Memang perkara ini dibangkitkan kerana terdapat tuntutan bertindih oleh kedua-dua pihak (Malaysia-China) di Laut China Selatan, terutama kebimbangan China kerana Petronas menjalankan kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang dituntut China.

“Saya nyatakan sendiri kepada Presiden dan Perdana Menteri China bahawa Malaysia menganggap ini kawasan Malaysia, maka Petronas akan teruskan cari gali di kawasan itu.

“Bagaimanapun, jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai sama ada Perdana Menteri ada berbincang dengan pemimpin China mengenai keselamatan di rant4u ini terutama kehadiran tenter4 China di Laut China Selatan.

Sementara itu mengenai kehadiran kapal dan tentera laut China di Laut China Selatan, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kerajaan negara itu telah menjelaskan bahawa ia berada di perairan antarabangsa.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments