ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada Pengerusi Pakatan Harap4n (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar selepas diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin.
Beliau berkata, atas rasa tanggungjawab tuntutan yang dibuat pihak berkenaan akan dilunask4n selepas mahkamah mendapatinya bersalah.
Menurutnya, biar berapa pun nilai tuntutan, beliau akan berus4ha melunask4n ganti rugi yang ditetapkan.
“Saya didapati bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membay4r ganti rugi RM50,000 oleh Mahkamah Tinggi, kemudian dinaikkan kepada RM120,000 oleh Mahkam4h Rayuan kerana RM50,000 didapati terlalu rendah oleh plaintif.
“Mereka membuat ‘counter appeal’ untuk tuntut lebih tinggi. Apabila sudah didapati bersalah, menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan tuntutan mereka. Saya akan berusaha bayar berapa pun harganya,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya pada Selasa.
Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebook pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam isu pemindah4n premis judi Sport Toto ke kawasan itu.
Mahfuz mendakwa, Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi tujuh minit 57 saat di akaun Facebook pada 27 Julai 2019, memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk tertera nama plaintif.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi tegaskan, kerajaan negeri tidak akan meng4mbil mudah isu perjudian selepas menguatkuasakan penutupan sepenuhnya operasi premis judi di negeri ini.