Tiada keperlu4n untuk terus bergantung kep4da dolar AS

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebab bagi negara seperti Malaysia untuk terus bergantung kep4da dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggun4kan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi, katanya.

“Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tid4k mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu keku4tan US dollar sangat kukuh.

“Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunak4n dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments