Dicekup berdu4-duaan, berpeluk dal4m kereta

BUTTERWORTH – Tindakan lima pasangan yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam memb4wa padah apabila mereka ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di sekitar kawasan Pantai Bersih di sini, lewat malam Rabu.

 

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa4n JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, kesemua mereka ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan 10 pegawai penguat kuasa bermula jam 11 malam di kawasan tumpuan ramai itu.

Menurutnya, pemeriksaan dibuat berikutan aduan dan rungutan pengunjung lain yang rimas dengan gelagat tidak bermoral yang dilakukan pasangan berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dibuat mendapati ada di antara mereka yang berpelukan di dalam kenderaan, duduk berdua-duaan di tepi pantai dalam keadaan mencurigakan tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

“Apa yang lebih mengecewakan mereka langsung tidak menghormati bulan Ram4dan dengan memberikan pelbagai alasan kononnya hanya duduk di sini untuk melihat pemandangan serta hanya bersembang tanpa melakukan apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan pada Khamis.

Mohd Azizon berkata, kesemua mereka diberikan notis untuk hadir ke Pejabat Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau

10 individu berkenaan yang berusia di antara 20 hingga 25 tahun itu disias4t mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Bagi kesalahan itu, pasangan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bul4n atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments