ISU guru bersara awal kembali hangat diperkatakan pada minggu ini apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan terdapat peningkatan dalam trend itu terutama mereka dalam lingkungan 56 hingga 58 tahun.
Kata NUTP, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun dan ia jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari 2021.
Bagi penulis, isu guru berundur awal sememangnya satu kejut4n besar yang tidak dijangkakan. Jika ia berterusan dari semasa ke semasa, bagaimana nasib anak-anak didik di Malaysia? Siapa yang akan meng4jar mereka di sekolah? Bagaimana pelajar mahu menimba ilmu pengetahuan jika tiada tenaga pengajar?
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, punca-punca guru bersara awal terlalu banyak. Antara yang paling utama adalah beban tugas melampau dan sistem pendidikan negara.
Tambah tertekan, kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan sepanjang masa, menghadap sistem mengunci masuk rekod kehadiran murid dan tugasan mengendalikan sukan, olahraga, kelab serta badan beruniform juga menj4di penyebab guru memilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal.
Seperkara lagi, kemajuan teknologi hari ini yang memerlukan tugasan direkodkan dalam sistem berbanding manual sebelum ini menambahkan lagi stres cikgu. Ini ker4na masih ramai guru yang kur4ng cekap menggunakan teknologi maklumat (IT). Situasi ini sudah tentu memberikan tekanan kepadanya dan tidak mustahil, langkah terakhir dilakukan adalah berundur.
Berhubung kes bersara awal, netizen tid4k terkecuali memberi pandang4n mereka mengenai perkara tersebut, antaranya:
“Kurangkan beban kerja guru dan beri tugas4n mengajar sahaja.