MBSB Bank taw4r kemudah4n patuh syariah kepad4 pencarum KWSP

MBSB Bank Bhd menawarkan kemudah4n Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh Syariah Ihsan-i kepada pencarum Kumpul4n Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.

Bank itu berkata, kemudahan Ihsan-i yang disediakan bertujuan memb4ntu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah dengan kadar kompetitif.

Jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayar4n sehingga 10 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Nor Azam M Taib.

“Pembayaran ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rend4h kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq dan antara kelebihannya adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.

Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntung4n bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesaw4ng www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.

Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan keduduk4n kredit para pemohon. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments