‘Saya tet4p hadir LIMA’23 dan baw4 teropong’ – Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap deng4n pendirian akan hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dijadualkan berlangsung Mei depan.

Katanya, walaupun tidak dijemput dia akan tet4p hadir sebagai seorang pengunjung dan membawa teropong.

“Saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar airport (lapangan terbang). Saya ada kata kat pegawai saya kalau kita tak dijemput kita beli meja lipat seorang sebiji, teropong seorang satu, kita dok tepi pagar kita tengok kapal navy, kapal terbang.

“Lagipun tepi pagar itu pun, ada orang jual laksa, boleh makan-makan, sebagai pengunjung takkan lah depa nak halau,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusik4n Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Menurut Muhammad Sanusi, ini kerana beberapa persediaan sudah dilakuk4n oleh kerajaan negeri termasuk penginapan, mobiliti, pengangkutan dan pihak keselamatan.

“Saya ni Pengerusi Lembaga Pembangun4n Langkawi (LADA) dan saya Menteri Besar, banyak lagi jawatan saya yang berkaitan, jadi kalau saya tak dijemput s4ya tetap akan hadir.

“Pegawai saya dah tempah hotel berbulan-bulan lalu, kenderaan, motosikal polis semua dah ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau difahamk4n akan dijemput ke ac4ra berken4an berdasarkan jawapan daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Dewan Negara sebelum ini.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments