SPRM dap4ti Mohd Nazlan langg4r Kod Etika Hakim – Azalina

SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didap4ti melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepenting4n ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan.

Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said

 

Memetik laporan portal berita FMT, Azalina mengesahk4n Mohd Nazlan telah melanggar kod dan mempuny4i konflik kepentingan menerusi surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela, Shafee & Co.

Azalina berkata, ia berdasarkan salinan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Februari lalu yang dipanjangkan oleh agensi itu kepadanya.

Azalina dilapor menjawab surat daripada peguambela Najib bertarikh 15 Mac yang bertanya sama ada SPRM menulis kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk mengesyork4n supaya prosiding tatatertib dimulakan terhadap Mohd Nazlan berhubung pengendaliannya dalam kes SRC.

Dalam surat itu, firma guaman berkenaan bertanya sama ada SPRM pada das4rnya membuat kesimpulan bahawa Mohd Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan.

Dalam surat balas kepada firma gauaman itu, Azalina berkata, beliau boleh mengesahk4n persoalan-persoalan yang dikemukakan telah dijawab secara afirmatif.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments