MELAKA – Ketua Pembangkang Melaka, Dr Yadzil Yaakub menol4k pelawaan menyertai blok kerajaan dalam usaha mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpadu4n yang terbentuk buat pertama kali di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban daripada Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof memilih untuk terus kekal sebagai pembangk4ng bagi melaksanakan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri Melaka.
“Janganlah takut kepada kami pembangkang yang hanya dua orang.
“Persoalan sekarang apakah kerajaan Melaka akan lebih efisien dengan 21 barisan exco (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan mampu menjana hasil berlipat ganda dengan barisan exco dan timbal4n exco, yang mustahil tanpa belanja tambahan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dr Yadzil berkata, pelantikan timbalan exco dalam kerajaan negeri Melaka yang kecil adalah satu pembaziran.
“Kami akan mendengar dan perjuangkan suara hati masyarak4t dan membawa denyut nadi rakyat negeri ini,” katanya.
Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhar4p dua ADUN PN itu dapat menyertai Kerajaan Perpaduan yang baharu ditubuhkan di negeri ini sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini.
Ab Rauf, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melak4 berkata, jika kedua-dua ADUN berkenaan bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan di Melaka, ia bak4l mencatat sejarah sebagai negeri pertama sifar pembangkang.