Dunia Islam wajar bersatu suarak4n kecaman terhad4p Israel

ALOR SETAR – Wisma Putra sewajarnya mengeluarkan kenyataan mengecam serangan Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, negara juga disaran mengorak langkah mengajak dunia Islam sekali lagi bersuara menentang kekejaman berterus4n di bumi Palestin.

Menurutnya, serangan berterusan Israel khususnya dalam bulan Ramadan ketika umat Islam beribadat membuktikan negara Israel tidak layak diterima atau diiktiraf.

“Ramadan kali ini dicemari dengan tragedi berdarah. Dewan Ulama Pas Pusat kesal dengan tindakan Israel menyerang umat Islam di Palestin yang sedang menunaikan ibadah.

“Kami juga kesal kerana dunia masih sepi tanpa sebarang kecaman mahupun tindak4n keras terhadap negara Israel. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima, keganasan Israel tidak pernah bersempadan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Ahmad berkata, insiden keganasan terhadap umat Islam Palestin dalam Masjid Al-Aqsa menyaksikan hampir setiap orang dipukul dengan baton selain tangan diikat serta ratusan cedera, disifatkan amat keterlaluan.

“Apakah umat Islam tidak ada hak untuk menunaikan ibadah dalam rumah Allah, Al-Aqsa? Di mana maruah Al-Aqsa?,” soal beliau.

Rabu lalu, polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments