Ahmad Zahid hant4r representasi gugur pertuduh4n

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa representasi bagi menggugurkan tuduhan kes rasuah dana Yayas4n Akalbudi yang dihadapinya telah dihantar kepada Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun, pada Januari dan Februari lalu.

Peguam, Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika sebutan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayas4n Akalbudi di hadapan Hakim Mahkam4h Rayuan (yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Tinggi) Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Menurutnya, representasi setebal 200 muka surat telah dialamatk4n kepada Idrus dan ia perlu diteliti oleh pihak pendakwaan.

Katanya, dokumen itu turut menyertakan fakta dan bukti baharu bagi menggugurkan tuduhan tersebut.

“Justeru, kami memohon perbicaraan ditangguhkan sementara representasi itu diputuskan oleh pihak AG,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob mengesahk4n telah menerima surat representasi yang mengandungi isu kompleks.

Menurutnya, mereka diarahkan untuk tidak membantah permohonan untuk menangguhk4n perbicaraan tersebut.

“Terdapat dua representasi telah dihantar iaitu pada Januari dan 14 Februari lalu, yang mana ia mengandungi isu kompleks yang dibangkitkan.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments