591,900 orang m4sih menganggur pad4 Februari

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran Malaysia pada Februari tahun ini menurun kepada 3.5 peratus dengan 591,900 orang penganggur, menurun 0.1 peratus berbanding 3.6 peratus dengan 596,100 penganggur pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada Februari menunjukkan peningkatan dengan kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejaj4r perkembangan aktiviti ekonomi semasa.

“Justeru, bilangan tenaga buruh pada Februari 2023 berada pada trend menaik, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepda 16.78 juta orang (Januari 2023: 16.76 juta orang), merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh pada 69.9 peratus (Januari 2023: 69.8 peratus).

“Situasi yang menggalakkan ini adalah berikutan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menunjukkan trend penurunan,” katanya dalam kenyata4n berkait4n Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Februari 2023 pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, beliau berkata, kategori pekerja meliputi 75.7 peratus, yang merangkumi komposisi terbesar penduduk bekerja pada Februari dengan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.25 juta orang berbanding 12.24 juta orang pada Januari.

“Penduduk bekerja sendiri turut mencatatkan kenaikan 0.5 peratus merekodkan 2.89 juta orang pada Februari 2023 (Januari 2023: 2.88 juta orang),” katanya.

Mohd Uzir berkata, mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minum4n, perdagangan borong dan runcit serta pentadbiran dan khidmat sokongan.

Beliau berkata, pada masa yang sama, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan trend yang sama. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments