Aidilfitri: Orang ramai bimb4ng Lebuhraya Kar4k ses4k teruk

SHAH ALAM – Orang ramai bimbang kesesakan teruk boleh berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dalam perjalanan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri nanti susulan penutupan jalan di Gua Musang.

Seorang pesara kerajaan, Muhamad Nordin Darus, 63, berkata, beliau yang bakal pulang ke kampung di Bachok, Kelantan mengambil keputusan bertolak empat hari awal sebelum raya bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Memang bimbang dan stres jika terperangkap lama dalam kesesakan. Sebelum ini saya pernah terperangkap selama 16 jam dan ia sangat memenatkan.

“Tahun ini saya akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kelantan seawal 3 atau 4 pagi sebab kalau terlewat dari tempoh itu memang akan terperangkap dalam kesesakan yang teruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail memaklumkan Gua Musang akan mengalami kesesakan yang lebih teruk pada waktu perant4u pulang menjelang Aidilfitri nanti berbanding sekarang, jika Jalan Persekutuan FT2747 di daerah itu tidak ditutup.

Beliau berkata, penutupan jalan baharu dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar itu bertujuan memberi kelancaran trafik pada waktu berkenaan.

Pada Ahad, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, perantau yang pulang untuk berhari raya di Kelantan masih mempunyai beberapa pilihan jalan bagi mengelakkan kesesakan di Gua Musang.

Menurutnya, pengguna jalan raya jangan hanya bergantung kepad4 laluan itu kerana ada beberapa laluan lain untuk balik kampung di Kelantan termasuk Simpang Pulai dan Lebuh Raya Pantai Timur.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments