Anggota APM Kub4ng Pasu maut kemalang4n balik kerja

ALOR SETAR – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Aw4m Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta di KM15.3 Lebuhraya Utara Selat4n arah Utara dekat Kubang Pasu, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.55 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Razali Abdul Manaf, 56, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan par4h pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian berlaku ketika Razali yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan dari arah Jitra menghala ke Changlun.

“Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa (Razali) dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun, yang berada di belakang mangsa, dipercayai hilang kawalan.

“Kejadian menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun, yang tidak sempat mengelak mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rodzi berkata mayat Razali dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bed4h siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata sebelum kejadian, Razali dikatakan sedang dal4m perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai bertugas syif petang yang bermula pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian ini, kami telah ke lokasi untuk mengurusk4n jasad arwah. Arwah seorang yang rajin dan berdisiplin sepanjang bertugas dan saya dimaklumk4n semal4m arwah ada menunjukkan beberapa perubah4n semasa bertugas.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments