Lantikan Azeez seb4gai Pengerusi KEDA diteliti semul4: Anwar

IPOH – Lantikan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, setakat ini pelantikan baharu tersebut belum dibuat dan perkara itu ak4n dibincangkan lanjut bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya akan berbincang dengan Presiden UMNO, Ahm4d Zahid mengenai salah satu pengumuman itu yang belum dihantar surat (pelantikan rasmi).

“Ini termasuklah cadangan (Abdul Azeez) Pengerusi KEDA yang akan kita teliti semula. Jadi belum ad4 lantikan,” katanya kepada pemberita sempena program penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 (STR2) di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bandar Meru Raya di sini pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saar4ni Mohamad.

Mengulas mengenai kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mengec4m pelantikan beberapa pemimpin politik dalam jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Anwar berkata, pelantikan itu bukan dibuat terhadap syarikat tersenarai di bursa saham.

 

Pada 5 April lepas, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Pada Mac lepas, Bersih mempertikaikan dua pelantik4n jawatan GLC seperti yang diumumkan Ahmad Zahid.

Pertubuhan sivil itu merujuk kepada pelantikan dua pemimpin UMNO iaitu mantan Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 1 Mac 2023 dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob sebag4i Pengerusi Lembaga Penyatu4n dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) berkuatkuasa 10 Mac lalu.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments