SHAH ALAM – Pihak yang merakam dan kemudian menyebarkan video pasangan kekasih disy4ki melakukan perbuatan jelik dalam kereta pada Khamis boleh didakwa atas kesalahan di baw4h tindakan sivil kerana berniat memalukan dan mengaibkan mereka.
Pakar Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mohamad Ismail Mohamad Yunus berkata, pasangan berkenaan boleh mengambil tindakan undang-undang dengan bertindak menyam4n pihak terb4bit atas cubaan mengaibkan kehormatan mereka menerusi penularan video di media sosial.
“Pasangan itu boleh ambil tindakan saman sivil terhadap perak4m dengan saman. Mereka boleh membuat laporan polis dan kemudian berurusan dengan peguam.
“Peguam yang mewakili pasangan tersebut boleh saman perak4m mengikut kesalahan sivil kerana memalukan mereka di khalayak ramai.
“Malah video itu sudah tular sebelum mereka dijatuhkan apa-apa hukum4n oleh mahkamah. Jadi peguam boleh saman malu dan buat tuntutan kerugian terhadap penyebar,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse sedia menawark4n khidmat guam4n secara pro-bono kepada pasangan kekasih yang tular kerana didakwa melakukan perbuatan jelik di dalam kereta, baru-baru ini.
Menurut Jimmy, selain daripada insiden tersebut, dimaklumk4n juga bahawa pihak yang merakam video tersebut telah menyamar sebagai anggota polis.
Rakaman kejadian tersebut berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan tular di TikTok baru-baru ini.