Pengampun4n Najib, UMNO serah sepenuhnya kepad4 Agong

PUTRAJAYA: UMNO menyerahkan sepenuhnya isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak kepada budi bicara Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia sebagaim4na kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya rasa dalam perkara ini apa-apa bab pengampunan itu kuasa Yang Dipertu4n Agong di bawah Perkara 42 (Perlembagaan Persekutuan).

 

“Sekarang ini, prosedur perundangan dah tidak ada cuma ‘court of compassion’ maknanya budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita pun tidak boleh paksa-paksa, biarlah Agong buat keputusan kalau baginda nak mengkaji, kami (UMNO) dah tidak terlibat,” katanya kepada media selepas melancarkan Laman sesawang Malaysia-Sulu Case di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Haniff berkata, Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara.

Terdahulu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon pertimbangan supaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata, MKT UMNO menerima memorandum daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap Pemuda dan Puteri.

Mereka memohon kepemimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden itu, yang disifatk4n mempunyai banyak jasa kepada rakyat dan negara.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments