‘Tak boleh nak cakap ap4 dah sebenarnya, mem4ng kecewa’

JOHOR BAHRU: Ibu bapa mangsa tragedi basikal lajak di sini, pada 2017 yang mengorbankan lapan nyawa, akur biarpun kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Sam Ke Ting.

Ibu kepada seorang mangsa, Fatimah Nasir, 49, berkata kelu4rga mereka reda dengan keputusan itu walaupun akan kekal dihantui tragedi berkenaan buat selama-lamanya.

 

Katanya, biarpun sudah enam tahun an4knya, Mohamad Azrie Danish Zulkefli, yang ketika itu berusia 14 tahun meninggal dunia, hati seorang ibu masih tetap terkenangkan arwah.

“Saya dan keluarga mangsa yang lain memang sudah jangka Sam Ke Ting akan dibebaskan apabila ia dibawa ke Mahkamah Rayuan.

 

“Apa pun yang berlaku yang akan disalahkan adalah ibu bapa mangsa. Kami dikatak4n tidak pandai jaga anak dan tak tahu tanggungjawab kerana biarkan anak bermain basikal sampai awal pagi, padahal kalau kami tahu, sudah tentu kami tidak benarkan.

“Memang terkilan dan sedih apabila dicerca orang ramai. Mana ada ibu bapa yang tidak sayang dan biarkan sahaja anak sahaja. Ini ujian kami dan biarlah kami tanggung,” katanya ketika dihubungi.

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Ke Ting, 33, atas kesalahan yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017 itu.

Dalam kemalangan berkenaan, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorb4n dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah, membuat keputusan secara sebulat suara sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting, tahun lalu.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments