ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwa4n mengenai usaha terancang untuk menyingkirkan beliau daripada menganggotai Majlis Kewangan Negara bukan drama atau cerita rekaan.
Sebaliknya, beliau mendakwa ada surat daripada Kementerian Kewang4n yang dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung apa yang didakwanya itu.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau tidak berhasr4t untuk mendedahkan surat daripada Kementerian Kewangan yang dimaksudkannya itu.
“Mereka hantar surat, sebab itu saya bercakap tentang itu…tetapi mereka pula kata s4ya buat drama. Mereka buat seolah-olah saya tak tahu apa-apa.
“Apa yang mereka buat saya tahu, semuanya sampai ke pengetahu4n saya. Mereka hantar surat kepada Pejabat Tuanku Sultan Kedah untuk melobi supaya menukar ahli Majlis Kewangan Negara.
“Saya tahu sebab surat itu mem4ng ada, setiap surat yang masuk ke Wisma Darul Aman ini saya tahu sebab saya berkawan dengan semua orang termasuk tukang bancuh air sekali pun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Ahad lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa terdap4t usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara, dengan menamakan Setiaus4ha Kerajaan Kedah (SUK), Datuk Norizan Khazali sebagai pengganti.
Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapk4n Majlis Kewangan Negara perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik, manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.
Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, berk4ta perkara itu didedahkan beliau supaya apa yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.
“Hasrat saya jangan bagi perkara itu berlaku, saya bukan cari gaduh.
“Kalau saya dedah surat itu bermakna s4ya nak confront (berdepan sebab nak cari gaduh), bukan itu tujuan saya. Saya cuma mahu halang ia berlaku.
“Cukuplah setakat ini. Benda dah ada, tak payahl4h pergi ke penghujung lagi. Ini separuh masa pertama, tiup wisel kita masuk separuh masa kedua, ikut satu persatu. Kan nak ‘game’ (main) sangat,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengingatk4n pemimpin Pakatan harapan (PH) supaya bersikap seperti pemimpin kerajaan dan bukan lagi berfikiran seperti pembangkang.
“Dah jadi perdana menteri, menteri, pegawai di PMO (Pejabat Perdana Menteri), kenalah guna bahasa pentadbiran, bukan lagi bahasa politik yang sesuai untuk program parti.
“Mereka ada fungsi yang besar, jangan ambil tindak4n politik kepada kerajaan negeri lain dan hormatilah ia sebagai kerajaan berdaulat,” katanya.