PAS mohon ketepikan sam4n Dr Mujahid isu didakw4 sokong LGBT

KUALA LUMPUR: PAS memfailkan notis permohonan untuk membatalkan saman fitn4h difailkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, terhadap parti itu berhubung dakwaan beli4u menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mewakili parti itu sebagai defendan memfailkan permohonan mengikut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menerusi Tetu4n Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi, pada 15 Februari lalu.

 

Mengikut notis itu, alasan permohonan kerana Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sebagai plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasab4h terhadap defendan.

Peguam bela Mujahid, Noorazmir Zakaria, ketika dihubungi pemberita mengesahkan permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, pada 21 Jun ini.

Pada 15 Disember lalu, Mujahid memfailkan saman itu yang mendakwa PAS pada 16 Oktober 2022 dengan niat jahat menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah plaintif dengan membu4t atau menerbitkan kenyataan fitnah di Facebook parti itu.

Naib Presiden AMANAH tu mendakwa kenyataan fitnah dimuat naik bersama gamb4rnya dengan kapsyen ‘Mantan Menteri Agama PH (Pakatan Harapan) Sokong LGBT?’.

Kenyataan fitnah itu antaranya dikatakan membawa maksud plaintif membenark4n, menyokong atau menerima masyarakat khususnya beragama Islam terbabit aktiviti LGBT dan zina.

Mujahid mendakwa kenyataan fitnah itu menyebabkannya mengalami tekanan perasaan, selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai bekas menteri.

Sehubungan itu, plaintif memohon suatu perintah supaya PAS menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.

Mengikut pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakuk4n penerbitan bagi artikel berkenaan.

Defendan juga menegaskan berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza bagi meraikan perbezaan pandangan yang berlaku deng4n serius dalam masyarakat.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments