Gadis curi kad ATM rak4n, beli telefon mah4l diberkas

KUALA LUMPUR: Seorang gadis diberkas selepas dipercayai mencuri kad ATM dan menggunak4n wang milik rakan sendiri untuk membeli telefon bimbit berjenama.

Malah, suspek yang diberkas Jumaat lalu turut dikesan berbel4nja pelbagai barangan kegunaan lain sebelum menghilangkan diri sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pih4knya sebelum ini menerima laporan daripada mangsa berhubung pengurangan wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM8,200.

“Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendapati transaksi ini bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

 

“Siasatan kemudiannya dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997, sehinggalah pihak polis berjaya menjejaki identiti suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek kemudiannya diberkas di sebuah premis di Pand4n Perdana, Ampang Jaya, minggu lalu.

 

“Suspek berumur 21 tahun itu diberkas kira-kira jam 12.25 tengah malam.

“Dalam serbuan itu pihak polis meramp4s sekeping kad ATM milik mangsa dan sebuah telefon bimbit berjen4ma yang dipercayai dibeli menggunakan transaksi akaun bank mangsa,” katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang gadis mendakwa menjadi mangsa rakannya sendiri setel4h kad ATM miliknya dicuri selain wang miliknya digunakan untuk membeli telefon bimbit berjen4ma.

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments