Lelaki disyaki bak4r 13 motosik4l, 4 skuter di KLCC, ditah4n

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit membakar 13 motosikal dan emp4t skuter elektrik di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, petang semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditah4n selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 4 petang semal4m yang dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, membuka kertas siasat4n mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sebelum menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas kejadian.

“Ketika penahanan, polis merampas sebuah motosikal jenis RS, serangkai kunci motosik4l, satu helai baju, satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, satu jam tangan dan satu pemetik api,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, suspek terbabit direm4n enam hari bermula hari ini hingga 19 April depan.

“Pada masa ini pihak polis menerima 10 laporan polis dari mangsa berhubung kejadi4n khian4t ini serta masih menyiasat motif suspek,” katanya.

Semalam, tular rakaman video menerusi aplikasi media sosial mengenai kebakaran yang berlaku.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments