MUDA mohon mahkam4h isytihar SPRM tiada kuasa sias4t Hakim Nazlan

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung penemuan agensi itu bahawa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali melanggar Kod Etika Hakim 2009.

Awal bulan ini, media melaporkan surat yang tular didakwa daripada Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan bahawa siasatan SPRM menemui “isu salah laku” oleh Mohd Nazlan yang “perlu dipertimbangkan oleh ketua hakim.”

Surat itu menyatakan kesalahan yang didakwa di bawah Kod Etika Hakim 2009 berlaku apabila Mohd Nazlan, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Nazlan mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Melalui saman pemula difailkan pada 12 April lalu melalui firma guaman Tetuan Lim Wei Jiet, MUDA memohon perisytiharan bahawa SPRM tiada bidang kuasa menyiasat dan membuat penemuan bahawa hakim mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan terdapat konflik kepenting4n ketika mendengar sesuatu kes.

Parti itu juga memohon perisytiharan bahawa penemuan SPRM bahawa Mohd Nazlan melanggar kod etika hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mendengar kes SRC International, adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Dalam afidavit sokongan diikrarkan oleh Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi, menyatak4n bahawa pendedahan surat SPRM dan surat daripad4 Menteri Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said bertarikh 20 Mac lalu, telah mendedahkan pelanggar4n serius oleh SPRM.

Menurut Amir Hariri, kuasa SPRM untuk menyiasat adalah terhad kepada kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan ia tiada bidang kuasa serta kepakaran untuk menyiasat dan membuat dapat4n berhubung sebarang pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 atau konflik kepentingan oleh hakim.

Sebarang aduan, pelanggaran kod etika hakim hendaklah ditujukan dan diuruskan oleh Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara mengikut Perkara 125(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, atau Jawatankuasa Etika Hakim di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

Jika mahkamah tidak memastikan akauntabiliti di pihak SPRM, ia akan terus melangkaui bidang kuasa mereka dan campur tangan dalam perkara yang berada dalam bidang kuasa agensi siasatan lain.

Jelasnya, ia juga boleh mengancam kebebasan kehakiman, doktrin pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Parti itu turut mempersoalkan tindakan Azalina menjawab dan mengesahkan pertanyaan peguam bela Najib berhubung siasatan SPRM, sedangkan ia sepatutnya ditujukan dan dijawab oleh SPRM.

Katanya, jika dilihat secara keseluruhan, ia adalah intimidasi dan gangguan yang serius terhadap hakim serta cubaan berniat jahat untuk campur tangan dalam pelaksanaan kewajip4n mencapai keputusan dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments