Trak Mack keluarg4 Diraja Johor terbabit kemalang4n

KULAI: Sebuah trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 6.50 petang, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah trak Mack milik keluarga Diraja Johor dengan dua kereta.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu disyaki berl4ku apabila trak dari arah Utara menuju ke Selatan lebuh raya itu pecah tayarnya secara tiba-tiba,” katanya.

Pada 10 Januari 2016, trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dilaporkan membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Trak raksasa yang dipercayai mencecah RM1.4 juta itu dikesan oleh seor4ng penunggang motosikal yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar dan video.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments