KUALA LUMPUR: Sebanyak 34,643 permohonan layak diterima untuk menyertai Fasiliti Sokong4n Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpan4n Pekerja (KWSP) yang membabitkan jumlah RM722 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia adalah daripada keseluruh4n 74,392 permohonan yang diterima dalam tempoh seminggu sehingg4 semalam.
“Fasiliti ini disediakan KWSP bagi membolehkan ahli membuat permohonan awal membabitk4n ‘Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Atau Umur 55 Tahun’ dalam mendapatk4n pembiayaan peribadi daripada institusi perbank4n yang mengambil bahagian.
“KWSP menjangkakan jumlah permohon4n untuk FSA2 akan terus meningkat, lebih-lebih lagi kini Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN MyRinggit Insan-i hari ini,” katanya mel4lui kenyataan, di sini, hari ini.
Permohonan bagi FSA2 dibuka bermula 7 April lalu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan kaedah yang membolehkan penc4rum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai sandaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Pada masa sama, Amir Hamzah turut menjelaskan kekeliruan dengan menyatakan bayaran balik bulanan bagi FSA2 adalah perlu untuk memastikan pinjaman dibayar tepat pada masanya.
Katanya, fasiliti ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpan4n dalam Akaun 2 dan disokong oleh pendapatan yang berpatutan untuk memastikan mereka mampu membiayai pembiayaan peribadi itu.
“Selain itu, fasiliti ini turut disasarkan kepada ahli KWSP yang komited kepada pembayar4n balik bulanan tanpa menjejaskan kecukupan dan jaminan pendapatan persaraan mereka.
“Penjelasan ini adalah kerana kami difahamkan terdapat kekeliruan dalam kalang4n sebilangan ahli KWSP berhubung keperluan pembayaran balik bulanan pembiayaan peribadi ini,” katanya.
Amir Hamzah berkata, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB melalui kemudahan patuh Syariah Ihsan-i bermula 7 April lalu, dan BSN melalui MyRinggit Insan-i, diperkenalkan mulai hari ini di mana ahli boleh membuat permohonan pembiayaan peribadi secara dalam talian.
Katanya, permohonan dibuka selama setahun membolehk4n ahli KWSP mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat permohonan awal bagi ‘Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Atau Umur 55 Tahun’.
“Kami berbesar hati kerana kedua-dua MBSB Bank dan BSN menyokong FSA2, yang kami percaya akan membantu ahli yang mempunyai isu kecairan tunai untuk mendapatkan pembiayaan peribadi tanpa impak yang serius terhadap simpanan persaraan mereka,” katanya.
Jumlah kelayakan untuk pembiayaan peribadi ini adalah berdasark4n jumlah simpanan dalam Akaun 2, dengan jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000.
Setelah pembiayaan peribadi diluluskan, ahli boleh mengemukak4n permohonan awal bagi ‘Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Atau 55 Tahun’ kepada KWSP berdasark4n jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Di bawah fasa 1, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank.
‘Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun’ akan dibuat ke akaun bank ahli ap4bila mereka mencapai umur antara 50 hingga 55 tahun mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.
Ahli boleh merujuk http://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk menyemak kelayakan mereka bagi permohonan awal ‘Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun’ dan jumlah yang boleh dipohon di bawah fasiliti itu.
Selain itu, soalan lazim berkaitan fasiliti ini juga terdapat di laman web untuk rujukan ahli.
Ahli disarankan untuk mendaft4r atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui ‘Self-Service Terminal’ (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerima4n Kod Pengesahan Transaksi (TAC)untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi.
Untuk maklumat lanjut mengen4i Fasiliti Sokongan Akaun 2, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922