Berhenti kerja 24 jam selep4s langg4r mati 2 gadis

TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabk4n kemalangan berkena4n ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit.

“Suspek juga mengaku menghant4r notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian

 

“Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan tengah kenderaan berat itu,” kat4nya melalui kenyataan.

Mohd Hasni berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 17 April depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 29 Mac lalu itu, dua dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan dari arah Ulu Bernam menuju Slim River.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments