KOTA BHARU: Kerajaan Pusat sedia membantu dan akan memberi kerjasama penuh kepada Kelantan sekiranya negeri itu benar-benar mahu menyelesaikan masalah bekalan air.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bekalan air adalah kemudahan asas dan kerajaan akan membantu walau apa cara sekalipun demi rakyat.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana negeri yang bercakap isu Islam, namun masalah asas yang dialami rakyat sejak sekian lama masih gagal diselesaikan.
“Sektor air adalah tugas kerajaan negeri dan menerusi Perlembagaan, air dioperasikan oleh keraja4n negeri. Cuma di peringkat Pusat, kita kawal selia bekalan air bersih.
“Permintaan air di Kelantan sebenarnya tidak besar, namun disebabk4n tiada apa-apa yang dilakukan kerajaan negeri, masalah air menjadi semakin serius.
“Sepatutnya pada 2023, masalah seperti ini sudah tidak berl4ku di Malaysia kerana air adalah kemudahan asas,” katanya ketika berucap pada majlis pengagihan sumbangan kepada 70 asnaf di sini, hari ini.
Nik Nazmi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu turut memaklumkan, Kerajaan Pusat boleh membantu Kelantan tanpa mengira soal politik dan status negeri pembangkang.
Katanya, zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad memang berlaku negeri dipinggirk4n, namun zaman sekarang sudah tidak berlaku isu berkenaan.
“Malah, zaman Pakatan Harapan (PH) mentadbir sebelum ini pun sud4h bagi beratus juta, malah Kelantan sendiri pernah berada dalam Kerajaan Pusat…namun apa alasan mereka isu air tidak selesai sehingga kini.
“Saya beri amaran kepada Kelantan, mereka tidak boleh menganggap rakyat sebagai ‘fixed deposit’ (simpanan tetap) dengan menindas rakyat dan menganggap boleh berkuasa selama-lamanya.
“Jika Kelantan mahu selesaikan masalah air, kita di peringkat Pusat akan beri kerjas4ma penuh. Namun jika mereka gagal berbuat demikian, saya yakin rakyat mampu menilai,” katanya.
Ketika ditanya berhubung Kelantan memerlukan RM7 bilion untuk mengat4si masalah air, Nik Mazmi berkata perkara itu perlu dibincangkan bagi memastikan faedah itu dapat dinikmati penduduk Kelantan.
“Kita tidak mahu apabila kita beri duit, masalah yang berl4ku masih tidak dapat diselesaikan,” katanya.