Penduduk berkurung dal4m rumah kerana suhu pan4s cecah 40 darjah

KOTA BHARU: Suhu panas sehingga mencecah 40 darjah Celsius di Jeli, menyebabkan pergerak4n penduduk sekitar daerah itu terbatas, terutama pada waktu siang.

Penduduk, Wan Khairunnisa Wan Haron, 31, berkata keadaan suhu yang tinggi menyebabk4n penduduk lebih selesa berada dalam rumah, berbanding keluar di tempat awam dan tumpuan ramai.

Katanya, sejak cuaca panas, dia juga lebih banyak berada di rum4h dan kurang keluar terutama pada waktu siang.

“Begitu juga waktu malam, bahang kepanasan akan terasa menyebabkan anak-anak kecil tidur tanpa memakai baju.

 

“Ada juga penduduk memaklumkan mereka akan bangun mandi pada j4m 2 atau 3 pagi kerana akan berpeluh sekali gus tidak boleh tidur lena,” katanya ketika dihubungi di sini.

Wan Khairunnisa yang tinggal di Kampung Kalai, berkata keadaan cuaca pan4s melampau itu mula terasa sejak semalam.

Menurutnya, walaupun keadaan cuaca yang sangat panas, namun ibadah puasa berjalan dengan lancar dan seperti biasa.

“Kebanyakan penduduk mengurangkan aktiviti luar dan hanya keluar untuk bekerja atau pergi ke bazar Ramadan pada waktu petang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, daerah Jeli merekodkan cu4ca panas pada gelombang haba tahap dua yang suhu hariannya dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, bermula semalam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, 15 kawasan lain di Semenanjung pula ber4da pada Tahap Satu iaitu pada Kategori Berjaga-jaga.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments