KUALA LUMPUR: Pandangan orang yang tidak memahami sentimen sebenar pengundi Melayu terhad4p Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dibincang.
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata isu sama ada sokongan terhadap parti itu merosot atau tidak tidak sewajarnya berbangkit.
“Kalau orang yang bercakap berkawan dengan orang Melayu pun tidak, mana dia tahu sentimen dal4m kalangan orang Melayu?
“Pandangan orang seperti itu tidak perlu diperbinc4ngkan,” katanya kepada BH, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy, bahawa istilah ‘gelombang hijau’ yang dikaitkan dengan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pasca PRU15 semakin berkurang4n menjelang en4m pilihan raya negeri (PRN) dijangka Ogos ini.
Memberikan lapan faktor kemerosotan itu, Ramasamy berkata, gelombang hijau yang sinonim dengan PAS dan BERSATU mungkin hanya pengaruh sementara yang ‘tersejat’ dalam keada4n politik dan sosial semasa.
Ahmad Faizal berkata, PN Pulau Pinang akan terus berus4ha mendapatkan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan mewakili semua kaum di negeri itu.
Katanya, DAP tentu berasa selesa dengan sokongan UMNO kepada mereka, namun PN akan tetap memberikan saingan.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail, berpandangan kenyataan Ramasamy hanya perang saraf yang menjelang PRN.
“Saya tidak pasti mengapa beliau beriya-iya mengeluark4n ‘lapan dalil’ ini.
“Sebagai bekas saintis politik, beliau patut lebih tahu yang politik Malaysia semakin sukar diram4l sejak sedekad lalu.
“Justeru, meramalkan sesuatu seperti kemerosotan PN adalah tid4k berasas kerana tiada sesiapa boleh mengetahui atau melihat arus di bawahnya,” katanya
Beliau tidak yakin pengaruh PN sudah merosot, malah ada kemungkinan ia bertamb4h kuat kerana sentimen ketidakpuasan berganda terhadap UMNO-PH yang kini semacam ‘membuli’ gabungan itu.
“Kerap kali pengundi menyokong PN bukan kerana menyokong BERSATU atau PAS tetapi lebih kepada tid4k sukakan PH atau UMNO.
“Ramasamy perlu lebih berhati-hati dengan mendakwa PN menggunakan sentimen ag4ma dan perkauman melampau kerana menepuk air di dulang, boleh terpercik ke muka sendiri,” katanya.