N4k beli KFC, tet4pi pergi McDonald’s – Loke sindir Ka Siong

PUTRAJAYA: Perdebatan mengenai isu harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau di Sabah ibarat tidak berkesudahan dengan hari ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyindir Ahli Parlimen Ayer Hit4m, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Malah, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban memperli bekas Menteri Pengangkutan itu kerana memilih untuk menggunakan aplikasi AirAsia untuk membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines, meskipun syarikat itu sudah pun mempunyai aplikasi sendiri.

 

“Beliau takkan tak tahu bahawa Malaysia Airlines ada aplik4si sendiri. Kalau periksa tiket Malaysia Airlines, mengapa guna aplikasi AirAsia?

“Ini macam hendak beli KFC tetapi pergi ke McDonald’s, jadi ini tidak masuk ak4l,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

 

Semalam, Ka Siong mendakwa harga tiket penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal sehingga mencecah RM3,138 sehala bagi kelas ekonomi, bagaimanapun perkara itu dinafikan Loke.

Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau sendiri menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham Ismail, yang mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbang4n pada tarikh berkenaan habis dijual, sebaliknya tiket yang sedang dijual membabitkan kelas perniagaan.

Ka Siong kemudian memuat naik pula di Facebook paparan mengenai semakan dilakukan beliau menggunak4n aplikasi pada telefon bimbit untuk membuktikan dakwaan beliau berhubung harga tiket terbabit.

Dalam pada itu, Loke berkata Ka Siong sepatutnya mendidik rakyat mendapatkan tiket penerbangan murah, bukan memeriksa harga tiket kapal terbang menggunakan satu aplikasi sama meskipun menggunakan tiga telefon bimbit.

Beliau berkata, Ka Siong sepatutnya tahu setiap syarikat penerbangan mempuny4i aplikasi masing-masing dan bukan hanya ada aplikasi AirAsia Super Apps seperti digunakan beliau.

“Ka Siong maklum menggunakan tiga telefon bimbit untuk memeriksa aplikasi tiket penerbangan, namun yang pelik kenapa tidak periksa tiga aplikasi yang berlainan.

“Saya berharap Ka Siong tidak keluar kenyataan mengelirukan orang ramai. Mungkin ada yang tidak faham bagaimana harga tiket ditentukan syarikat penerbangan atau apakah mekanisme syarikat untuk tentukan harga terbabit, tapi sebagai bekas menteri semestinya (Ka Siong) tahu perkara itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai aplikasi digunakan Ka Siong, Loke berkata, isunya ketika ini ialah ada pihak ketiga yang menjual tiket untuk MAS.

“Memang ada pelbagai aplikasi yang menjual tiket untuk Malaysia Airlines, malah saya dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines bahawa pihak terbabit sekarang ada pertikai4n dengan pihak AirAsia berkenaan penjualan tiket ini melalui aplikasi AirAsia.

“Jadi Malaysia Airlines sudah memfailkan injuksi terhadap Super App AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines, tetapi itu (perkara yang perlu diselesai ) antara dua pihak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata, Malaysia Airlines sudah menjual 78 peratus kerusi untuk musim perayaan pada harga RM209 hingga RM841 untuk kelas ekonomi.

Selain itu, katanya, AirAsia juga menawarkan harga tiket tetap berharga RM199 ke Sarawak dan RM249 ke Sabah bagi memenuhi permintaan sempena perayaan Aidilfitri.

“Memang ada tiket mahal, namun ia biasanya membabitkan tiket dibeli pada saat akhir dan majoriti tiket dijual pada harga di bawah RM841 pada musim peray4an kali ini.

“Saya tidak kecewa dengan beliau (Ka Siong). Jadi saya mahu undang beliau, pada tarikh yang beliau pilih, 20 April ini, saya buat tawaran terbuka pada jam 10.15 malam untuk beliau lepaskan penumpang bagi penerbang4n dari Kuala Lumpur ke Tawau yang mana menawarkan tiket pada harga tetap RM249 untuk semua 135 penumpang.

“Kalau beliau tidak percaya ada tambang murah, saya undang beli4u datang d4n boleh temu bual setiap penumpang,” katanya.

sumber : berita harian

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments