Kenyataan Anwar ini ag4k pelik sert4 ganjil – Dr M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan orang Melayu sejak sebelum dan selepas kemerdekaan sudah meraikan kaum lain.

Dalam perkongsian di Facebook pagi ini dengan tajuk ‘Melayu Angkuh’, Dr Mahathir mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Kemboja baru-baru ini yang memberi ingatan kepada orang Melayu supaya tidak berasa selesa dan angkuh.

“Saya juga dapat tahu dia membuat kenyataan itu setelah lawatan ke Kemboja dan berkata bahawa walaupun umat Islam Kemboja cuma 10 peratus, mereka diraikan, masjid tidak diroboh, hak merek4 dipertahan malah diangkat sebagai menteri mewakili kepentingan mereka.

“Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil kerana ia menghina or4ng Melayu sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddh4 di Kemboja yang meraikan minoriti Islam,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad
Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerakyatan telah diberi kepada satu juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.

“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka hingga hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi negara jelas dalam pegangan buk4n Melayu dan yang menjadi Billionaire lebih 90 peratus adalah bukan Melayu.

“Tokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam.

“Begitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri di serata pelusuk Tanah Melayu malahan di antara yang terbesar dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus,” katanya.

Namun kerajaan pimpinan Perdana Menteri Melayu tidak benar isu berkait Melayu disiar, ia dianggap perkauman.

“Dahulu apabila saya kata Melayu malas ramai orang Melayu marah sedangkan tujuan saya untuk ingatkan bahawa kaum-kaum lain sudah menguasai hampir semua sektor ekonomi negara dan jik4 kita tidak rajin dan bangkit, kita akan hilang segala-galanya.

“Tetapi hari ini Anwar kata Melayu angkuh dan tidak mahu raikan kaum lain sedangkan orang Melayu sudah memberi ruang seluas-luasnya untuk kaum lain sehingga bahagian untuk orang Melayu sudah hampir lupus.

“Untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh. Cuma ap4bila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh?” soalnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments