Polis putus j4ri digigit suspek

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus jari manis digigit seor4ng lelaki yang menyerang dan menceroboh Pos Pengawal Balai Polis Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, ketika kejadian jam 10.15 malam, beberapa anggota polis sedang bertugas sebelum didatangi seorang lelaki tempat4n di hadapan pos berkenaan.

“Suspek berusia 34 tahun itu kemudian menjerit mahu menyimb4h asid sebelum menyimbah air mineral di muk4 dan badan anggota terbabit lalu meluru masuk ke dalam

perkarangan balai polis.

 

“Malah, suspek juga membaling satu tin minuman tenaga ke arah dinding kaca sebel4h kiri dan mengakibatkannya pecah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zam Halim berkata, berlaku pergelutan antara suspek bersama anggota polis berkenaan ketika mereka cuba membuat tangkapan ke atas lelaki berkenaan.

 

“Suspek bertindak agresif dengan menggigit jari manis tangan kanan salah seorang anggot4 polis berkenaan sehingga putus pada bahagian hujung jari.

“Suspek yang turut mengalami kecederaan ringan kemudian berjaya ditahan. Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai rekod dikehendaki polis berhubung kes penipuan,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif dadah jenis amphetamin dan methaphetamin.

“Difahamkan suspek pernah mendapat rawatan psikiatrik p4da 2020 tetapi tidak memiliki sebarang kad rawatan mental.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 21 April nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-m4na balai polis berhampiran,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments