Dr Mahathir sel4r Anwar isu ‘Mel4yu angkuh’

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Kemboja baru-baru ini yang memberi ingatan kepad4 orang Melayu supaya tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kaum lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar tidak sepatutnya beruc4p sedemikian kerana secara tidak l4ngsung menghina orang Melayu.

Tegasnya, orang Melayu sejak sebelum dan selepas merdeka telah meraikan ramai kaum-kaum lain.

“Saya juga dapat tahu dia membuat kenyataan itu setelah lawatan ke Kemboja dan berkata bahawa walaupun umat Islam Kemboja cuma 10 peratus, mereka diraik4n, masjid tidak diroboh, hak mereka dipertahan malah diangkat sebagai menteri mewakili kepentingan mereka.

“Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil kerana ia menghina orang Melayu sebag4i angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddha di Kemboja yang meraikan minoriti Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Tambahnya, kerakyatan telah diberi kepada satu juta pendat4ng tanpa memenuhi syarat dan dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.

 

Apabila negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil kaum itu juga dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi di dalam Kerajaan.

“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka sehingga ke hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiaus4ha Parlimen sert4 lain-lain jawatan penting,” ujarnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments