SHAH ALAM – Penganjuran Program Iftar Ala Madinah 2023 oleh Kumpul4n Karangkraf bersempena bulan Ramadan yang bermula 24 Mac lalu, melabuhkan tirai dengan tembak4n bunga api pada Selasa malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, beliau berasa amat bangg4 dan gembira kerana dapat berkongsi kemeriahan di bulan yang mulia itu bers4ma orang ramai.
Jelasnya, iftar pada tahun ini lebih meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang datang bersama rakan-rakan dan keluarga yang mahu merasai kelainan berbuka puasa.
“Alhamdulillah, selain sokongan pengunjung dan kakitangan Kumpulan Karangkraf sendiri, iftar kali ini juga berjaya mendapat kolaborasi daripada pelbagai syarikat seperti Wardah, Jasmine dan juga Aeon. Jadi, ia menjadi lebih bermakna.
“Program iftar yang dianjurkan ini juga berjaya menj4di medan merapatk4n ukhuwah buk4n sah4ja dalam kalangan staf Kumpulan Karangkraf, tetapi juga sesama anggota masyarakat lain.

“Semoga, inisiatif ini menjadi pemangkin kepada rapat umum antara anggota masyarakat dengan Kumpul4n Karangkraf,” ujar beliau kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, pengunjung Mohd Aswadi Sulaiman, 45, berkata, Iftar Ala Madinah 2023 itu memberi satu pengalaman baharu buat dirinya.
“Makanan pun pelbagai dan sedap-sedap. Kalau di tempat lain, mungkin hidangannya sederhana tetapi di Kumpulan Karangkraf, ada pelbagai menu yang disediakan untuk berbuka secara percuma.
“Selain berbuka puasa, saya juga berpeluang mendapat pelbagai jenis sumbangan barangan termasuk beras dan bekas ‘tupperware’. Jadi sangat baguslah, bukan sekadar acara makan-makan sahaja,” kata staf syarikat Proton tersebut.
Seorang lagi pengunjung, Muhamad Syahir Khairi, 26, berkata, suasana iftar anjuran Kumpulan Karangkraf mempunyai kelainan yang tersendiri berbanding acara berbuka puasa di tempat lain.

“Program ini lebih santai, duduk ramai-ramai sambil berbuka dapat tengok langit. Saya memang suka begitu kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.“Saya harap Kumpulan Karangkraf dapat meneruskan lagi program ini pada bulan Ramadan tahun depan,” katanya.
Berkongsi pandangan sama, Ajwad Kamarudin, 32, berharap Iftar Ala Madinah menjadi acara tahunan bagi memeriahkan buka puasa di Shah Alam.
“Yang datang bukan sahaja orang ramai tetapi juga dihadiri pegawai darip4da agensi keraj4an lain. Banyak benda menarik dapat saya tengok.

“Saya harap ia dapat diteruskan lagi bagi meraik4n ramai individu tanpa mengira latar belakang pendapatan,” katanya.