Musim perayaan bukan masa terb4ik baiki jalan ‘menggerutu’

Merak Jalanan musykil dengan cara pihak pengurusan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam merancang dan mengatur gerak kerja membaiki kerosakan jalan ketika musim perayaan.

Memang setiap kali orang ramai balik raya, lebuh raya tersebut akan menerim4 hampir tiga juta kenderaan dengan keadaan trafik bergerak perlahan dan kadangkala terhenti di lokasi tertentu.

 

Dari dulu lagi tiga lorong bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Karak belum mampu melancarkan aliran trafik ketika musim perayaan.

Apa yang berlaku semalam membuatkan ramai marah apabila terperangkap dalam kesesakan berjam-jam sejauh 11 kilometer kerana lorong ditutup untuk kerja penyelenggaraan.

Mustahil pihak pengurusan lebuh raya tidak dapat menjangkakan sebarang kemungkinan kesesakan jika kerja baik pulih dilakukan ketika ratusan ribu kenderaan memasuki laluan berkenaan.

Jika kerosakan teruk seperti lubang dalam, keretakan atau tanah runtuh, logiklah juga diperbaiki segera tanpa mengira masa. Tetapi jika setakat baiki permukaan jalan ‘menggerutu’, kerja-kerja itu masih boleh ditangguhkan. Lagi pun dalam beberapa hari ini, jumlah kenderaan memasuki lebuh raya tersebut terlalu banyak maka kereta bukan boleh dipandu laju.

 

Pihak pengurusan pasti memberikan alasan atas faktor keselamat4n dan jika kerosakan jalan tidak dibaiki, nanti orang ramai merungut serta dituduh tidak buat kerja.

Namun tindakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ketika orang ram4i sedang kalut nak balik raya hanya menambahkan kecaman orang ramai terhadap pengurusan lebuh raya

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments