4,761 pendeposit Tabung Haji melebihi RM1 juta


KOTA BHARU:
Sehingga 31 Mac lalu Tabung Haji (TH) mempunyai 7.1 juta penyimp4n di bawah RM10,000 dan 4,761 penyimpan lagi melebihi RM1 juta.

Manakala 604,542 pendeposit menyimpan bukan untuk tujuan menunaikan ibadat haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, TH merupakan sebuah institusi perbankan yang diberi jaminan oleh kerajaan.

Selain itu katanya kadar pulang4n terhadap jumlah simpanan yang diberik4n menjadi sebab TH terus mendap4t sambutan rakyat.

“Kaedah Tabung Haji berbeza dengan lain, dia satu tabung, kedua untuk tunai haji, perlu ingat duit tersebut bukan duit kerajaan. Duit yang kita beri bantuan haji diambil daripada keuntungan yang simpan situ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancar4n Pusat Mawadd4h di sini hari ini. Pusat itu anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Hadir sama Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi; timbalannya, Rohani Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan Dr Hasnan Ramli.

Pusat Mawaddah ditubuhkan bagi merealisasikan Dasar Keluarga Mawaddah Kelant4n yang terletak di perkarangan Stesen Bas Kota Bharu yang bertujuan memperkasakan institusi keluarga.

Sementara itu Idris berkata, jumlah subsidi untuk menunaikan ibadah haji t4hun ini akan diputuskan selepas pengumuman mengenai kuota haji yang akan dibu4t oleh kerajaan Arab Saudi dalam masa terdekat.

Menurutnya setakat ini kerajaan Malaysia hanya mengekalkan keputus4n sebelum ini untuk memberi subsidi kepada semua jemaah haji.

Kata beliau pengumuman akan dilakukan apabila kerajaan Arab Saudi memberitahu ber4pa kuota haji Malaysia dan akan diumum segera mengenai pertambahannya.

“Saya buat surat melalui Kedutaan Arab Saudi bagi tujuan itu, kerana tahun ini jumlah jemaah haji yang diumumkan kerajaan Arab Saudi hanya satu juta, sedangkan tahun sebelumnya 2.5 juta,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya cakna terhadap cadangan ag4r menyemak semula langkah pemilihan jemaah haji serta melaksanakan secara bersasar iaitu melibatkan golong4n kurang berkemampuan khas kategori B40.

“Setakat ini mungkin kita bagi dua-dua dahulu tetapi ada formula yang hendak kita bagi nanti ker4na kita perlu ingat dalam penyimpanan di sini ad4 kaedahnya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 16/4/2022

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments