AMPANG: Hanya kerana perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima, seorang rem4ja berusia 15 tahun dibelasah sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di Taman Melawati di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi di sebuah sekolah, mangsa telah ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh pelajar terbabit.
“Kira-kira jam 3 petang, mangsa telah di4jak oleh lima pelajar terbabit (suspek) ke Bukit Mar Mar Kemensah sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.
“Mangsa telah mengalami kecederaan di dahi, luka di kening kiri, rahang selain bengkak di tengkuk,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, punca kejadian ialah disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan Lima.
Katanya, kesemua yang terlibat telah dipanggil polis untuk siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitk4n kesalahan,” ujarnya.
Tambah Mohamad Farouk, pihaknya memberikan amaran dan nasihat kepada orang r4mai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.