Abdul Hadi Awang mendakwa DAP menyasarkan Melayu yang “jahil ag4ma” untuk dijadik4n calon parti berkenaan dalam usaha mereka “mendapatkan kuasa politik” di negara ini.
Dalam siri terbaru serangan presiden PAS itu ke atas DAP hari ini, dia mendakwa DAP turut “mengumpan” tokoh Melayu tertentu untuk dijadikan boneka parti terbabit.
Seperti biasa Abdul Hadi memulakan hantaran panjangnya dengan memetik pelbagai kisah sejarah dan mendakwa setiap tindakan PAS adalah berdasarkan kepada apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
Antaranya termasuk berkena4n hubung4n Nabi Muhammad dengan kaum Yahudi.
Abdul Hadi mendakwa DAP bersikap anti-Islam manakala PKR dan Amanah mengutamak4n kerjasama dengan parti tersebut atas dasar matlamat menghalalkan cara.
Kata bekas duta khas bertaraf menteri semasa kerajaan PN itu turut mengangg4p kedua-dua parti berkenaan sebagai “syaitan bisu” dan menjadi jurucakap DAP secara percuma.
“Selain itu, DAP juga merancang untuk mendapatkan kuasa politik negara setelah kaumnya menguasai ekonomi supaya mereka dapat memerintah negara melalui pilihan raya dengan meletakkan calon-calon di kawasan Melayu dan calon-calon Melayu yang berfahaman liberal, sekular, oportunis dan jahil agama.
“Bahkan, ada kalangan Melayu yang diumpan menjadi ketua kerajaan bonekanya,” dakwa Abdul Hadi.
Untuk rekod 10 hari lalu selepas seorang bekas ahli parlimen mencadangk4n kepada Khairy Jamaluddin agar personaliti itu menyertai DAP.
Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dan gagal memenangi kerusi parlimen Sungai Buloh dalam PRU ke-15 lalu dipecat Umno pada 27 Jan lalu. Dianggap popular dalam kalang4n orang ramai, Khairy masih belum menyatakan rancangan dalam langkah politiknya.
Bagaimanapun namanya disebut-sebut sebagai potensi calon dalam PRN tidak lama lagi.
Pada 2 Mei lalu bekas ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming menyarankan Khairy menyertai DAP kerana parti itu memerlukan seorang calon perdana menteri bagi negara ini.
“Kamu berdua sesuai,” kata Ong dalam program bual bicara kendali4n Khairy serta bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.
Mengenai Umno, Abdul Hadi mend4kwa PAS menolak mereka kerana ada antara pemimpin parti terbabit meninggalkan asas perjuangan mereka “semata-mata kerana ingin mengejar jawatan, harta dan kepentingan diri.”
Pada masa sama dakwa ahli parlimen Marang itu lagi PAS terbuka menerima bukan Islam yang tidak menol4k dasar Islam dan ia dibuktikan parti itu dengan kewujudan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).
“PAS tidak pernah melanggar syarat-syarat tahaluf kerana perbuat4n itu diwajibkan oleh Islam,” katanya.